like !

Khamis, 3 November 2011

Hari Kanak-kanak . =D

Hari ni sekolah aku sambut Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah . Mula2 waktu pagi tu kitaorang kena berkumpul dalam dewan sebab ada persembahan dari murid2 tahun 1 , 2 , 3 , 4 , 5 & 6 . Tahun 1 sampai 5 buat satu persembahan je . Tapi tahun 6 , 3 persembahan . First , sketsa . Macam berlakonlah juga . Yang masuk persembahan tu , budak2 6 jasmine . Second , choir . Haaa.. Yang ini aku masuk . Tapi lagunya macam budak2 . lagu Sahabat . Lagu Upin & Ipin tu . Yang masuk semua pengawas 6 Tulip dengan 6 Daisy serta beberapa orang lagi murid biasa . Third , tarian . Yang ni , Geng Marnie punya persembahanlah . Then , kitaorang masuk kelas sebab ada jamuan kelas . Kelas kitaorang makan nasi lemak je . Tak macam kelas lain , makan pizza , kfc & macam2 lagilah . Tapi aku tak kesah pun . Asalkan kelas kitaorang makan free sedangkan kelas dorang kena bayar . Haha .

Tahun ini Tahun Terakhir Aku sebagai seorang kanak2 . Sebab cikgu kata , orang yang digelar kanak2 cumalah dari umur ( baru lahir ) sehingga 12 tahun sahaja ! :'(

Kami ialah sahabat sejati ! Tahun hadapan kami semua tidak akan berjumpa lagi kerana kami semua memilih sekolah yang berlainan . Aku sayang korang ! <3

Perbezaan kami ialah : pengawas PSS , pengawas SPBT & murid biasa . (-:

6 Tulip Girls ! :-) Mira & Aina = PENGAWAS SEKOLAH . Amira & Eya = PENGAWAS PSS . Ifa = PENGAWAS SPBT .

Kami sekumpulan pengawas yang juga boleh digelar sebagai kawan baik . Kami memang rapat ! :)

Kami wakil daripada ramai2 murid dari kelas 6 Tulip . MIRUL , PUTERA , WEELDAN , EUGENE , AMIRA , MYRA & IFA ! :')

Ini aku sewaktu mencari nama pengawas2 pss yang masih belum bayar RM10 untuk jamuan pengawas PSS pada 8 November 2011 !

Haaa..Itu serba sedikit gambar yang boleh dikongsi pabila kitaorang sambut Hari kanak2 tadi . Memang seronok ! Sebab tahun nilah tahun terakhir bagi semua murid darjah 6 seluruh dunia menyambut Hari Kanak2 ! :(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan